03 February 2010

Latar Belakang Produk KeKabu (kapok)

Pengenalan KekabuKekabu (kapok) pada masa dahulu digunakan oleh orang-orang kampung untuk membuat
bantal tilam. Produk-produk yang diperbuat oleh kekabu tahan lama, memberi rasa
selesa pada pengguna dan mengelakkan daripada sakit badan atau tengkuk berbanding
bantal/tilam yang diperbuat daripada span.
Kekabu mempunyai keunikan tersendiri iaitu lembut dan selesa dan amat sesuai sebagai alas
tidur untuk bayi mahupun golongan dewasa. Kekabu yang dijadikan tilam atau bantal
mampu bertahan selama 20 tahun. Untuk mengembalikan keselesaan pengguna, bantal atau
tilam perlu dijemur dan dipukul bagi menyingkirkan habuk kekabu.
Kebiasaannya, buah kekabu menjadi matang ketika usia mencapai tiga bulan, apabila
buah kekabu menjadi sudah cukup matang, kekapas diasingkan daripada buah dan biji mengikut
kualiti warna. Warna putih atau kekuningan dikatakan mempunyai nilai harga yang baik
di pasaran, manakala warna keperangan atau kelabu dikategorikan sebagai kelas kedua.
kekabu yang berasal daripada famili Bombacaceae, terbahagi kepada dua jenis
iaitu kekabu kampung atau kapok (Ceiba pentandra) dan kekabu hutan (Bombax).
Pokok kekabu berasal daripada Mexico dan bahagian Tropika Benua Amerika.
Bagaimanapun, di dalam hutan Malaysia ada sejenis pokok kekabu yang tumbuh, dipanggil
kekabu hutan. Antara negara yang mengusahakan penanaman pokok kekabu untuk tujuan
industri bagi mendapatkan isi kekabu, hasil kayu dan pati minyak bijinya adalah
Thailand, Indonesia dan India (petikan daripada 'Potensi Kekabu' bminggu@bharian.com.my).

Lokasi Tetap Perniagaan :-

Kl Down Town Night Market
Cheras
Kuala Lumpur (berdepan dgn Velodrom Cheras).
Shahrul : 014 - 812 1316 Email : shahrul_hasan@yahoo.com

Lokasi Penghasilan Produk :-

Kg,. Chenulang,
18000 Kuala Krai
Kelantan.

Bantal Kekabu Asli







Bantal Kekabu Asli Kelas Satu RM 25.00
Bantal Kekabu Asli Kelas Dua RM 17.00

Bantal Kekabu Asli

Bantal Kekabu Asli



Bantal Kekabu Asli (Standard Size)Kelas Satu RM 25.00

Bantal Kekabu Asli (Standard Size) Kelas Dua RM 17.00

Pengenalan

Kami menjual dan juga membekal produk-produk berasaskan kekabu kampung (original)
pelbagai saiz dan gred. Semua produk yang dilampirkan di dalam blog ini adalah merupakan
produk jualan kami yang terkini.
Kami menjual produk yang berkualiti dengan harga berpatutan dan mampu milik.
Kepada peminat-peminat produk yang berasaskan kekabu, boleh berhubung terus melalui
email uyue04@yahoo.com atau di talian 012-647 2775 (Nurul) / 014-812 1316 (shahrul) /
03-4251 3075 (Ofis) .Penghantaran secara terus ke rumah juga disediakan untuk pelanggan
yang tinggal sekitar Ampang, Serdang, dan Putrajaya. Untuk pelanggan-pelanggan diluar kawasan
ini, kami menyediakan penghantaran secara pos (kos penghantaran adalah bergantung
kepada kawasan dan pos parcel) (Pos Malaysia).

Kami mengalu-galukan pemborong-pemborong yang berminat, dengan memberi
harga yang berpatutan. Segala urus niaga boleh berhubung terus dengan kami untuk
perbincangan harga.