25 February 2013

Set Sampul @ Sarung Tilam Baby

Untuk Set sampul tilam baby harga RM 70 satu set untuk saiz 30" x40" dan untuk saiz 23" x 33" harga RM 60. Design saya akan create mengikut kreativiti saya atau mengikut kehendak pelanggan ( as per request).


Set Tilam Kekabu Baby Tanpa sarung





19 February 2013

Tempahan oleh pelanggan -Set tilam baby kekabu dan sampul

Saya dapat tempahan daripada kawan lama yang mahukan set tilam baby dan sarung tilam daripada warna yang sama. Kawan saya juga turut tempah bantal kekabu saiz standard. Terima kasih di atas sokongan pelanggan-pelanggan semua. Saya akan cuba buat yang terbaik dan tingkatkan kualiti jahitan saya. Saya belajar daripada kesalahan dan cuba perbaiki dari masa ke semasa. Insyaallah..

Ini pula Set Tilam Baby dan bersama sarung.








16 February 2013

Bantal Kekabu Asli pelbagai Size

Selain daripada tilam kekabu pelbagai saiz kami juga menjual bantal kekabu asli pelbagai saiz. Antara saiz yang kami ada ialah Saiz Standard 25"x 16" RM 25, Queen 28" x17" RM 30 dan King 29" x19" RM 35.




Antara gambar-gambar bantal yang sempat di ambil gambar..maklumlah kadang-kadang masa mood malas nak updated..ia bersarang sampaikan bertahun..tetapi, business kita cam  biasa berjalan jer..cuma updated jer yang tidak.

Label kami

Sebenarnya sejak tahun 2006 lagi kami mula berniaga kecil-kecilan dan alhamdulillah mula berkembang dengan bermacam-macam perniagaan. Saya sudah cukup bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan. Allah telah beri bermacam-macam nikmat yang saya sendiri tidak pernah fikirkan berbanding sedikit sahaja ujian yang kadang-kadang datang menjengah. Ini adalah kehidupan...realiti bukannya lakonan..jadi..kita sebagai manusia hendaklah sentiasa bersedia dengan pancaroba dan onak dunia...saya sudah berpuas hati namun sebagai manusia, seperti biasa kita tidak pernah puas dengan apa yang kita ada..tidak salah kita berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan kita asal tidak melanggar apa yang Allah tetapkan..

Berbalik kepada cerita penubuhan syarikat (enterprise sajer yg mak mampu takat ni ..hehehehe) tahun 2010 kami  establish syarikat di atas nama Kudrat Timur Enterprise ..Insyaallah mana tahu suatu hari ia akan jadi Kudrat Timur Trading  plak...hehehe

Taraaaa..Ini la label kami..


Set Tilam kekabu baby-RM 80

Akhir-akhir ini sibuk sikit dengan routine harian ...sebelah pagi macam biasa kerja, petang lepas balik ambik anak curi-curi masa siapkan tempahan. Sebelah malam sambung lagi.memang meletihkan, tetapi sebab minat dan keikhlasan bekerja untuk menambah pendapatan daripada masa dibuang sia-sia, adalah elok saya mengembangkan minat dengan membantu hubby menyiapkan tempahan pelanggannya disamping menambah pendapatan.

Antara gambar-gambar set tilam baby yang saya berjaya siapkan dalam minggu ini. Semuanya sudah berjaya dideliverykan kepada pelanggan. Terima kasih semua kerana menyokong sama ada sokongan material mahupun emosional...















05 February 2013

Tilam Baby Kekabu - Untuk Tempahan

Kami bersedia menerima tempahan tilam baby kekabu pelbagai saiz daripada pelanggan. Saiz yang kami ada sekarang 30 inci x 40 inci . Material yang digunakan ialah 100% kekabu asli. Jenis kain yang digunakan ialah 100% cotton. Pelanggan boleh menempah tilam dengan memilih kain yang kami ada atau menggunakan kain pelanggan sendiri. Tempahan akan siap dalam 2 minggu daripada tarikh tempahan @ bayaran dibuat.

Syarat / Kaedah Tempahan

1) Pelanggan memilih kain yang kami ada @ menghantar kain mengikut pilihan kain pelanggan sendiri. Sekiranya memilih kain yang ada dengan kami, pelanggan perlu menghantar SMS KOD KAIN yang dipilih kepada 0126472775 @ 0199836043 (Pn. Nurul Huda) @ Email kudrattimur@yahoo.com bersama-sama info pelanggan.

2) Pelanggan dikehendaki membayar 50% daripada jumlah keseluruhan (untuk harga tilam baby kekabu)

3) Pembayaran ialah melalui akaun CIMB Bank  1276-0000741-10-5 di atas nama Kudrat Timur Enterprise

4) Setelah pembayaran dibuat, pelanggan dikehendaki menghantar SMS atau Email kepada kami JUMLAH BAYARAN dan NAMA sebagai pengesahan.

5) Pihak kami akan menyemak dan menghantar pengesahan kepada pelanggan setelah pembayaran di terima

6) Tempahan akan dibuat dan siap dalam masa 2 minggu daripada tarikh bayaran dibuat

7) Setelah tempahan siap pihak kami akan memaklumkan kepada pelanggan dan pelanggan harus membayar baki pembayaran termasuk caj pos domestik RM 10 bagi Semenanjung / RM 15 bagi Sabah atau Sarawak (POS MALAYSIA)

8) Tempahan akan diposkan dalam masa 24 Jam daripada baki bayaran dibuat (sekiranya pembayaran dibuat dalam hari bekerja). Jika pembayaran dibuat pada cuti umum atau Ahad, tempahan pelanggan akan diposkan pada hari bekerja yang berikutnya.

Set Tilam Baby Kekabu 

Harga : RM 80 Saiz: 30 inci x 40 inci 
Kain: Cotton 100%
Kuantiti : 1 Set = 1 Tilam Kekabu + 2 bantal Peluk + 1 bantal tidur



Pilihan Kain Untuk Tempahan Tilam Baby Kekabu-Mengikut Kod

Kain yang digunakan ialah Kapas dan Kapas campuran polyster.

Pelanggan boleh memilih kain yang diuploadkan disini untuk tempahan tilam kekabu baby atau menggunakan kain sendiri.