20 November 2013

Aku ada tidak kemana-mana

Assalamualaikum WBT serta selawat salam ke atas Nabi junjungan SAW ..semoga harini dan mendatang kita beroleh keberkatan ..Sudah berbulan lamanya saya tidak mencoret apa-apa bingkisan di sini..saya masih ada..business masih ada..saya tidak kemana-mana..cuma, kebelakangan ini saya terlalu sibuk..mengejar putaran masa..yang kadang lelahnya tidak pernah hilang..saya masih menjahit..masih dgn routine biasa tetapi..tidak lah ada kesempatan ini saya kongsikan di sini..

30 April 2013

Demam Pilihanraya 2013

Demam pilihanraya kian terasa, di sana-sini bendera parti berkibaran. Masing-masing dengan janji dan manifesto  yang harap-harapnya dikota bagai dikata. Saya tidak ketinggalan untuk balik kampung menunaikan kewajipan kepada Negara Tercinta Malaysia..Apapun parti yang kita pangkah, semangat kekitaan dan hormat-menghormati harusnya tidak dilupakan. Jangan pung pang pung pang bertikam lidah dan bertegang leher tapi masa mengundi kita senyap tak pangkah apa-apa..UNDI kan RAHSIA...anda berhak memilih siapa sahaja yang anda rasakan suka dan betul..Berbalik pula kepada rancangan saya hendak balik kg..InshaAllah kalau tidak ada aral sabtu malam ahad saya bertolak ke Kelantan. Sama-sama doakan perjalanan pergi dan balik selamat ya!

04 April 2013

Tempahan Set Tilam Kekabu Baby









Kegilaan apakah ini

Saya terperangkap dengan kegilaan 'dunia baru'  yang saya tidak pernah terfikir. Saya selalu dan sering ditanya sahabat ketika bersembang kosong apakah minat hobi saya. Saya jawab tidak tahu dan tidak pasti. Sekarang di umur menjengah 30-an saya baru ketemu minat dan hobi saya ialah menjahit. Saya punya bakat rupanya (ia adlah pandangan saya sndiri) dan sekarang saya sangat teruja untuk belajar perkara baru dalam dunia penjahitan. Macam-macam saya nak buat, nak belajar jahit baju kurung, dress, seluar dan macam-macam lagi. Kalau dulu asal bukak youtube jer saya search lagu hindustan. Tapi sekarang, saya dah pandai bukak tutorial menjahit. Macam-macam saya bukak, tutorial menjahit comforter, pillow case dan macam-macamlah. Timbul juga persoalan di benak saya, diumur sebegini baru saya jumpa hobi ohhh..sungguh ruginya saya. Tapi nak buat macam mana, masa sudah tidak boleh diundur kan?

Bila saya dah berjaya menjahit baju kurung dan skirt untuk dara saya nanti saya uploadkan gambar yer. hehehe