Demam pilihanraya kian terasa, di sana-sini bendera parti berkibaran. Masing-masing dengan janji dan manifesto yang harap-harapnya dikota bagai dikata. Saya tidak ketinggalan untuk balik kampung menunaikan kewajipan kepada Negara Tercinta Malaysia..Apapun parti yang kita pangkah, semangat kekitaan dan hormat-menghormati harusnya tidak dilupakan. Jangan pung pang pung pang bertikam lidah dan bertegang leher tapi masa mengundi kita senyap tak pangkah apa-apa..UNDI kan RAHSIA...anda berhak memilih siapa sahaja yang anda rasakan suka dan betul..Berbalik pula kepada rancangan saya hendak balik kg..InshaAllah kalau tidak ada aral sabtu malam ahad saya bertolak ke Kelantan. Sama-sama doakan perjalanan pergi dan balik selamat ya!
No comments:
Post a Comment